CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA SECARA ONLINE - PuanCikZa

Friday, November 29, 2019

CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA SECARA ONLINE

CARA BUAT SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA SECARA ONLINE Rasanya dah masuk musim tengkujuh, ada yang masih belum kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh? Rata-rata kebanyakkan ada yang datang ke Ibu Pejabat RISDA untuk dapatkan borang permohonan Bantuan Musim Tengkujuh. Namun mereka juga boleh terus ke Pejabat RISDA yang berhampiran. 



SYARAT PENERIMA BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 


Part ni, ramai yang masih keliru dengan syarat penerima. Sebelum nak buat permohonan atau kemaskini, mohon semak semula syarat utama, adakah kita layak ataupun sebaliknya. Berikut adalah dua syarat utama penerima Bantuan Musim Tengkujuh RISDA :-
  • Pekebun Kecil 
    • Pemilik dan pengusaha tanah yang berdaftar dengan RISDA, dan mempunyai kebun tidak melebihi 2.5 hektar. 
  • Penoreh Bukan Pemilik ( Penoreh yang Bukan Pemilik Tanah Yang Ditoreh)
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA dan menoreh di kebun getah tidak melebihi 2.5 hektar 

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA UNTUK KEMASKINI BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Jika Borang permohonan  telah diisi, Adakah semua dokumen diperlukan tersedia ada? Kebanyakkan mereka masih tidak buat senarai semak permohonan untuk memastikan semuanya mencukupi, dan akhirnya permohonan di TOLAK atas sebab dokumen tidak mencukupi untuk di kepil bersama.
  • Salinan Kad Pengenalan Baru
  • Salinan Kad SIC RISDA ( Jika Ada )
  • Salinan Geran Tanah Yang Sah
  • Salinan Buku Akaun Bank Yang Aktif 
  • Salinan Kad Pat-G (Bagi Penoreh Yang Bukan Pemilik Sahaja)

SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH SECARA ONLINE 

Namun yang demikian, ada yang telah mendaftar, tetapi masih tidak berpuas hati dengan permohonan tersebut, dan ada yang ragu-ragu berfikir adakah pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun lepas. Boleh juga terus buat semakan secara online di atas talian. 


Langkah Pertama 
Langkah Kedua 
  • Masukkan no Kad Pengenalan diruangan Carian (cth: 8603xxxxxxxx ) Klik Butang Semak
Sekiranya permohonan telah berjaya kemaskini dan diluluskan bermakna, kemaskini anda telah berjaya. Dan sekiranya tidak berjaya perlulah hadir ke Pejabat RISDA Berhampiran. 


Untuk Keterangan Lanjut

03 - 42564022
( Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur )





4 comments:

  1. good sharing Cik Za..semoga ianya dapat membantu mereka yg memerlukan di waktu musim tengkujuh nii

    ReplyDelete
  2. Terima kasih infonya.....




    Salam kenalan dari saya, oohsenyum.com.

    Nak tanya awak ini, kalau berminat tak

    tukar link blog dengan saya (bloglist) insy

    Allah akan bertambah trafik di blog awak.

    Kalau awak sudi beritahu ye. Email ke

    blogohsenyum@gmail.com atau comment kat

    mana-mana blog saya

    https://www.oohsenyum.com/

    ReplyDelete
  3. good sharing cikza.. moga kejdaian banjir tidak seteruk seperti tahun 2014..

    ReplyDelete
  4. bagus juga bantuan...ini

    memang banyak membantu

    ReplyDelete